Korang bab bercinta memang hebat. Ayat tersusun rapi, madah berbunga-bunga, kad atau surat berbedak tapi hati haprak. Semua kerana NAFSU. Cuba korang layan bercinta dengan Tuhan Yang Maha Esa, cinta pada Nabi S.A.W. Kalau tanya semua mengaku sebab semua ucap syahadah, lafaz tanda cinta kita pada Tuhan dan Nabi S.A.W. tapi kalau bercinta bukan dengan hati apa maknanya?, apa rasanya?, apa sebenarnya cinta, dan apa yang korang peluk dalam hati???
MAKNA CINTA KITA...
Korang carilah makna cinta tu sendiri. Benda yang percuma selalunya tak dihargai. Sama juga dengan makna cinta kita pada Ilahi dan Nabi S.A.W. Tapi kalau korang sendiri tak dapat nak fahami sedalam-dalamnya makna ayat cinta suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari, tak ada maknanya korang tertonggeng-tonggeng sampai lebam dahi. Serupa la macam awek atau balak korang tanya pasal cinta korang kata cinta tapi nak ingat masa diorang masa tak bersama tak ada la. Silap-silap korang leh ngorat lagi yang lain. Korang bohong. Dalam solat pun sama la jugak.
BUKTI CINTA KITA...
Kalau bab bercakap, semua orang boleh bercakap. Buktinya mana?? korang kata Allah adalah segala-galanya, tiada yang lagi Utama selain dari Dia tapi dalam hati korang duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, hartalah segalanya, paling hampeh pun balak atau awek koranglah segalanya. Buktinya?? Kalau korang kena buat pilihan, korang sah-sah pilih apa yang jelas di hati korang kan. Allah nak sebut dekat mulut korang pun tak berapa jelas. Sebut pun tengok keliling.
RASA CINTA KITA...
Siapa yang pernah bercinta tahu la macam mana rasanya cinta. Kemanisan bila berdampingan dengan si dia, kerinduan bila berjauhan, keresahan bila tiada kepastian. Korang ada rasa begitu dengan Tuhan Yang Maha Esa? Dengan Nabi S.A.W.? tengok hindustan sampai meleleh air mata dan hingus tapi bila korang dengar azan ada rasa apa-apa tak? Awek atau balak bagi surat baca sampai sepuluh kali, baca hari-hari cuba untuk mencari maksud yang tersirat. Allah bagi Al-Quran untuk dibaca korang simpan je. Baca pun bukan korang faham padahal tafsir Al-Quran bersepah-sepah di jual kat kedai buku.
SIAPA KITA CINTA...
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Dia pada seluruh makhluk ciptaan-Nya. Dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia atau tak. Dia bagi kita sihat walaupun dalam keadaan sihat kita masih buat maksiat. Dia bagi segalanya walau kita berada dalam keadaan apa sekali pun. Banyak benda kita cinta sampai tak kuasa nak list down walhal Dia yang satu sedang menunggu. Kita sedar bahawa Dialah yang sepatutnya kita cinta secinta-cintanya.