BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 17, 2010

Apa yang aku fikirkan???

Bila masalah datang melanda... Aku jadi buntu seketika... Tidak tahu apa yang harus aku lakukan...  Adakalanya  pelbagai tanggapan yang bermain dalam fikiranku.... Negatif dan positif... Tidak tahu arah yang mana satu harus aku ikuti... Adakah aku terlalu bodoh dalam menyelesaikan masalah aku sendiri???

Kawan.... Ya!! aku ada ramai kawan tapi tidak semua memahami aku seadanya... Memang aku ada kawan yang memahami masalah yang aku hadapi tapi hati aku pernah berkata... Sampai bila aku akan menyusahkan kawan yang sentiasa menolong aku ketika aku menghadapi masalah??? Memang kawan aku akan berkata bahawa dia tidak kisah akan semua itu sebab aku dan dia adalah kawan tapi adakah aku perlu mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang telah diberikan oleh kawan aku??? Aku tahu dia juga mempunyai masalah tersendiri yang perlu dia selesaikan... Dan sebab itu juga adakalanya aku akan cuba untuk menyelesaikan masalah aku sendiri tanpa meminta pertolongan daripada dia... Bukan niat aku untuk membelakangkan kawan cuma aku tidak sampai hati untuk menyusahkan kawan hanya disebabkan masalah aku...Jangan salah faham dengan apa yang aku cuba lakukan...Cuma aku terharu dengan apa yang kawan-kawan aku lakukan pada aku...

Dan pada masa yang sama. aku bersyukur pada Ilahi kerana aku masih mempunyai kawan yang sentiasa memahami aku.. dan aku berdoa agar kawan-kawan aku akan sentiasa dirahmati... INSYAALLAH!!!
Terima kasih semua!!!! (AIMH)

Saturday, March 6, 2010

Renungkan lah wahai sahabatku!!

Andainyer awak dapat undurkan putaran dunia, mesti awak ingin kembali pada si dia semula...tak gitu? Yang lepas tu lepas la awak... Semuanya ada hikmah disebalik ceritera hidup kita ini… pasti ada pahit manis dalam ceritera hidup kita... Yang penting jangan ulangi kesilapan lalu kerana jika kita mengulanginya kembali maknanya memang kita tidak belajar dari pengalaman lalu... Semakin usia kita meningkat semakin matang la pemikiran ini… Jadi apa yg penting sekali kita harus terus pandang ke depan demi kebaikan diri sendiri dan juga orang disekeliling kita...

Friday, November 27, 2009

AKU BUNTU!!!

Aku bersalah pada diri aku sendiri.  Salah dalam membuat keputusan mencari pasangan hidup.  Bererti aku juga bersalah pada seseorang yang selama ini aku hanya menganggap dia sebagai seorang sahabat.  Seorang sahabat yang telah berharap pada aku untuk menjadi pasangan hidupnya tapi aku tidak menganggap dia sebegitu.  Baru sekarang aku sedar yang aku telah membuat satu keputusan dalam hidup ini. 

Ketika aku melamar dia umtul menjadi kekasih aku, aku tidak pernah terfikir apa yang akan terjadi.  Aku akui ini memang silap aku.  Hanya dengan mendengar nasihat daripada seorang sahabat aku terus melamar dia ketika itu.  bukan salah sahabat aku memberi nasihat tapi salah aku kerana tidak berfikir dahulu sebelum bertindak.  aku membuat keputusan hanya kerana dia selalu membantu aku ketika aku berada di dalam kesusahan.  Selepas dua bulan aku melamar dia, baru aku sedar yang aku hanya sayangkan dia hanya sebagai seorang sahabat.  Aku tahu aku perlu akhiri perhubungan ini dengan cepat dan aku perlu membuat keputusan dengan betul.  Kalau tidak aku dan dia pasti kami akan lebih merana di masa akan datang.  Aku tidak kisah kalau aku seorang saja yang menderita dan keseorangan tapi aku tidak mahu dia juga menderita disebabkan kebodohan aku yang salah membuat keputusan. 

Arrggghhhh!!! Aku bingung dan BUNTU dalam masalah aku ini.

Sunday, October 18, 2009

SYAHADAH CINTA

Korang bab bercinta memang hebat.  Ayat tersusun rapi, madah berbunga-bunga, kad atau surat berbedak tapi hati haprak.  Semua kerana NAFSU.  Cuba korang layan bercinta dengan Tuhan Yang Maha Esa, cinta pada Nabi S.A.W.  Kalau tanya semua mengaku sebab semua ucap syahadah, lafaz tanda cinta kita pada Tuhan dan Nabi S.A.W. tapi kalau bercinta bukan dengan hati apa maknanya?, apa rasanya?, apa sebenarnya cinta, dan apa yang korang peluk dalam hati???

MAKNA CINTA KITA...
Korang carilah makna cinta tu sendiri.  Benda yang percuma selalunya tak dihargai.  Sama juga dengan makna cinta kita pada Ilahi dan Nabi S.A.W.  Tapi kalau korang sendiri tak dapat nak fahami sedalam-dalamnya makna ayat cinta suci yang korang ucapkan dalam solat lima kali sehari, tak ada maknanya korang tertonggeng-tonggeng sampai lebam dahi.  Serupa la macam awek atau balak korang tanya pasal cinta korang kata cinta tapi nak ingat masa diorang masa tak bersama tak ada la. Silap-silap korang leh ngorat lagi yang lain.  Korang bohong.  Dalam solat pun sama la jugak.

BUKTI CINTA KITA...
Kalau bab bercakap, semua orang boleh bercakap.  Buktinya mana?? korang kata Allah adalah segala-galanya, tiada yang lagi Utama selain dari Dia tapi dalam hati korang duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, hartalah segalanya, paling hampeh pun balak atau awek koranglah segalanya.  Buktinya?? Kalau korang kena buat pilihan, korang sah-sah pilih apa yang jelas di hati korang kan.  Allah nak sebut dekat mulut korang pun tak berapa jelas.  Sebut pun tengok keliling. 

RASA CINTA KITA...
Siapa yang pernah bercinta tahu la macam mana rasanya cinta.  Kemanisan bila berdampingan dengan si dia, kerinduan bila berjauhan, keresahan bila tiada kepastian.  Korang ada rasa begitu dengan Tuhan Yang Maha Esa?  Dengan Nabi S.A.W.?  tengok hindustan sampai meleleh air mata dan hingus tapi bila korang dengar azan ada rasa apa-apa tak?  Awek atau balak bagi surat baca sampai sepuluh kali, baca hari-hari cuba untuk mencari maksud yang tersirat.  Allah bagi Al-Quran untuk dibaca korang simpan je.  Baca pun bukan korang faham padahal tafsir Al-Quran bersepah-sepah di jual kat kedai buku.

SIAPA KITA CINTA...
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Dia pada seluruh makhluk ciptaan-Nya.  Dia bagi rezeki tak kira kita ingat kat Dia atau tak.  Dia bagi kita sihat walaupun dalam keadaan sihat kita masih buat maksiat.  Dia bagi segalanya walau kita berada dalam keadaan apa sekali pun.  Banyak benda kita cinta sampai tak kuasa nak list down walhal Dia yang satu sedang menunggu.  Kita sedar bahawa Dialah yang sepatutnya kita cinta secinta-cintanya.