Aku bersalah pada diri aku sendiri. Salah dalam membuat keputusan mencari pasangan hidup. Bererti aku juga bersalah pada seseorang yang selama ini aku hanya menganggap dia sebagai seorang sahabat. Seorang sahabat yang telah berharap pada aku untuk menjadi pasangan hidupnya tapi aku tidak menganggap dia sebegitu. Baru sekarang aku sedar yang aku telah membuat satu keputusan dalam hidup ini.
Ketika aku melamar dia umtul menjadi kekasih aku, aku tidak pernah terfikir apa yang akan terjadi. Aku akui ini memang silap aku. Hanya dengan mendengar nasihat daripada seorang sahabat aku terus melamar dia ketika itu. bukan salah sahabat aku memberi nasihat tapi salah aku kerana tidak berfikir dahulu sebelum bertindak. aku membuat keputusan hanya kerana dia selalu membantu aku ketika aku berada di dalam kesusahan. Selepas dua bulan aku melamar dia, baru aku sedar yang aku hanya sayangkan dia hanya sebagai seorang sahabat. Aku tahu aku perlu akhiri perhubungan ini dengan cepat dan aku perlu membuat keputusan dengan betul. Kalau tidak aku dan dia pasti kami akan lebih merana di masa akan datang. Aku tidak kisah kalau aku seorang saja yang menderita dan keseorangan tapi aku tidak mahu dia juga menderita disebabkan kebodohan aku yang salah membuat keputusan.
Arrggghhhh!!! Aku bingung dan BUNTU dalam masalah aku ini.
Friday, November 27, 2009
AKU BUNTU!!!
Posted by uncle at 8:04 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
SYAHADAH CINTA
Posted by uncle at 7:56 AM 0 comments
Friday, October 2, 2009
Hati aku???
Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah
Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba
Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa
Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya
Oh...
Airmata ku tahan
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku
Menjadi bukti luhur niatku
Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu pun dera
Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja
Oh...
Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Posted by uncle at 10:24 AM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Sepetang Di Pantai
Sepetang di pantai adalah sesuatu yang aku inginkan selalu. Aku tenang pabila aku berada di pantai. Segala masalah aku hilang seketika.
Sepetang di pantai... Aku suka melihat keindahan pantai. Hanya ombak laut dan matahari yang bakal terbenam menjadikan aku seronok melihat keindahan alam. Tenang, damai dan indah tatkala aku melihat semua itu. Aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mencipta keindahan ini.
Sepetang di pantai... Aku gembira melihat kanak-kanak bermain di pantai bersama ibu bapa mereka. Melihat gelagat orang ramai yang datang dengan pelbagai tujuan. Ada yang bermain layang-layang, bergurau senda, memancing, bersiar-siar bersama keluarga dan tidak kurang juga pasangan muda yang ingin melepaskan rindu bila sudah lama tidak berjumpa.
Sepetang di pantai... Aku tenang pabila suatu hari aku terdengar gesekan biola dari salah seorang pungunjung pantai. Merdu sungguh lagu yang dimainkan sehingga aku terlupa seketika tentang apa yang dah berlaku pada diriku semenjak seminggu yang lalu. Lagu itu seolah-olah menjadi lagu tema dalam sebuah drama yang melibatkan aku sebagai pelakonnya. Melihat pantai serta menyaksikan matahari terbenam sambil berfikir sesuatu tentang diriku.
Sepetang di pantai... Adakalanya aku terfikir tentang masa depan diriku. Cuba merancang sesuatu yang perlu aku lakukan untuk kebaikan diriku. Adakalanya aku terkenang apa yang dah berlaku pada diriku. Cuba menilai kelemahan yang ada pada diriku untuk memperbaiki diriku yang serba kekurangan.
Sepetang di pantai... Aku ingin merasai lagi perasaan ini di dalam suasana yang sebegini di masa yang akan datang. Cuma aku tidak tahu bila masanya lagi.. Aku harap aku akan dapat merasainya kembali kerana pada waktu itu aku dapat mengetahui siapa diriku yang sebenar.
Posted by uncle at 8:00 AM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
Sahabat atau kawan??
Bagi aku aku, kawan adalah orang yang mengenali kita dan kita juga mengenali orang tersebut tapi tidak sepenuhnya kita ketahui tentang diri mereka. Sahabat pula adalah orang yang mengenali kita, tahu lebih dalam tentang kita, selalu ambil berat dan menolong kita tidak kira walau dalam apa jua situasi dan yang akan sentiasa menasihati kita.
Selalunya, kita akan ada ramai kawan tapi kekurangan sahabat. Begitu juga dengan aku. Saban tahun kawan aku akan bertambah tapi sahabat belum tentu lagi aku akan temui. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana aku masih mempunyai sahabat yang masih ambil berat tentang aku dan yang sentiasa menasihati aku bila aku melakukan perkara yang tidak betul. Siapa dia?? Itu biarlah aku saja yang tahu.
Aku adakalanya bengang atau marah bila seorang sahabat menasihati ketika aku melakukan perkara yang salah. Tapi bila aku fikir kembali ada kebaikan juga bila sahabat aku berbuat begitu. Kita bukanlah orang yang sempurna dan sahabat yang akan menasihati bila kita melakukan kesalahan. Sahabat yang akan nampak kesalahan kita dan yang akan menunjukkan jalan yang sepatutnya kita ambil.
Aku suka berkawan sebab dari kawan baru kita akan temui sahabat. Tapi dalam hidup ini kita perlu pandai memilih kawan sebab kita selalunya terpengaruh dengan kawan. Kalau kita tidak berkawan pun tidak boleh juga sebab kita akan keseorangan nanti. Aku rasa tiada sesiapa yang boleh hidup tanpa kawan dalam dunia ini. Kalau ada yang kata mereka boleh hidup tanpa kawan itu tipu la sebab kawan boleh jadi sesiapa saja. Tarzan yang hidup dalam hutan pun ada kawan juga walaupun kawan-kawan dia itu binatang. Betul tak?? Hehehehe!!
Baru-baru ini, sahabat aku baru kehilangan seseorang dalam hidup dia. Aku bersimpati terhadap dia dan keluarga. Aku ucapkan takziah di atas mereka sekeluarga. Aku harap sahabat aku tabah dalam menghadapi dugaan yang Tuhan berikan terhadap dia.
Bagi sesiapa yang baca blog aku ini, kongsi la pendapat tentang sahabat atau kawan. Insyaallah ia akan berguna nanti.
Posted by uncle at 6:34 AM 3 comments
Friday, August 14, 2009
Buat Baik??
Masih ada orang yang dengki dengan kita??
Masih ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan yang kita lakukan??
Aku sendiri masih tidak faham kenapa masih ada orang yang begitu??
Adakalanya aku terfikir salah ke kalau kita melakukan kebaikan pada semua orang??
Sebenarnya, kisah aku bermula bila aku praktikal di salah satu IPTA yang agak terkenal di Selangor. Pada mulanya aku ditugaskan untuk menjadi pembantu pentadbiran bagi 4 orang ketua program di fakulti tersebut. Pejabat bos-bos aku di tingkat 15 dan aku telah ditempatkan di tingkat 7 iaitu di pejabat pentadbiran. Setiap hari aku akan bertanya setiap bos aku kerja-kerja yang perlu aku lakukan. Kalau ada kerja yang diberikan aku akan laksanakan dan kalau tiada aku akan membantu Pejabat Pentadbiran dalam segala urusan. Kalau ada staf yang meminta tolong aku akan cuba untuk menolong. Pada mulanya semua kerja aku berjalan dengan lancar. Tapi pada suatu hari, aku telah di tegur oleh seseorang yang jawatannya lebih besar daripada bos-bos aku mengenai kebaikan yang telah aku lakukan. Hanya kerana aku membantu beberapa orang staf untuk menjaga pelajar-pelajar yang mengambil ujian.
Aku tidak tahu selama ini seorang pelatih praktikal tidak boleh menjaga pelajar-pelajar untuk mengambil ujian. Aku sangka itu adalah arahan daripada salah seorang bos aku untuk menjaga palajar-pelajar tersebut tapi aku telah ditegur oleh pihak atasan mengapa aku yang menjaga pelajar-pelajar berkenaan. Aku terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku. Seterusnya aku dipanggil oleh timbalan pendaftar untuk disoal siasat lagi mengenai hal itu. Kalau setakat hal itu sahaja tidak mengapa tapi sampai kepada kerja-kerja yang aku telah buat selama aku bekerja di sana. Kerja aku menolong pensyarah melakukan fotostat dan kerja-kerja lain juga disoal kepadaku. Aku cuma lakukan kerja-kerja yang disuruh oleh pensyarah-pensyarah lain itu bila aku ada masa sahaja. pada mulanya aku tidak mengerti mengapa aku tidak perlu menolong orang lain selain bos-bos aku, tapi satu hari aku terfikir ada relevan juga teguran itu.
Bila aku fikir kembali, ramai juga yang telah mengambil kesempatan di atas kebaikan yang telah aku hulurkan. Sampai kerja menampal notis dan minta tandatangan untuk beberapa surat pun aku lakukan padahal itu bukan kerja aku. Ramai yang menyuruh aku untuk melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya aku lakukan sampai aku adakalanya tidak sempat untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah diarahkan oleh bos-bos aku. Ada juga staf yang menyuruh aku melakukan kerja mereka sedangkan waktu itu aku tengah banyak kerja yang masih belum disiapkan.
Bila aku fikir kembali, cuma bos-bos aku sahaja yang akan memantau serta memberi penilaian terhadap prestasi kerja aku. Mengapa aku perlu tolong orang lain yang tiada kepentingan dalam penilaian prestasi kerja aku??
Selepas peristiwa itu aku hanya akan melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh bos-bos aku sahaja. Kalau ada yang meminta aku untuk menolong melakukan kerja-kerja mereka, aku akan sedaya upaya menolak permintaan tersebut tapi kalau waktu itu aku tengah lapang mungkin aku akan menolong mereka itupun kalau aku rela...
Hahahahahaha!!!
Posted by uncle at 8:13 AM 0 comments