BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

Buat Baik??


Kenapa kalau kita buat baik masih da orang yang pertikaikan??

Masih ada orang yang dengki dengan kita??

Masih ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan yang kita lakukan??

Aku sendiri masih tidak faham kenapa masih ada orang yang begitu??

Adakalanya aku terfikir salah ke kalau kita melakukan kebaikan pada semua orang??

Sebenarnya, kisah aku bermula bila aku praktikal di salah satu IPTA yang agak terkenal di Selangor. Pada mulanya aku ditugaskan untuk menjadi pembantu pentadbiran bagi 4 orang ketua program di fakulti tersebut. Pejabat bos-bos aku di tingkat 15 dan aku telah ditempatkan di tingkat 7 iaitu di pejabat pentadbiran. Setiap hari aku akan bertanya setiap bos aku kerja-kerja yang perlu aku lakukan. Kalau ada kerja yang diberikan aku akan laksanakan dan kalau tiada aku akan membantu Pejabat Pentadbiran dalam segala urusan. Kalau ada staf yang meminta tolong aku akan cuba untuk menolong. Pada mulanya semua kerja aku berjalan dengan lancar. Tapi pada suatu hari, aku telah di tegur oleh seseorang yang jawatannya lebih besar daripada bos-bos aku mengenai kebaikan yang telah aku lakukan. Hanya kerana aku membantu beberapa orang staf untuk menjaga pelajar-pelajar yang mengambil ujian.

Aku tidak tahu selama ini seorang pelatih praktikal tidak boleh menjaga pelajar-pelajar untuk mengambil ujian. Aku sangka itu adalah arahan daripada salah seorang bos aku untuk menjaga palajar-pelajar tersebut tapi aku telah ditegur oleh pihak atasan mengapa aku yang menjaga pelajar-pelajar berkenaan. Aku terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku. Seterusnya aku dipanggil oleh timbalan pendaftar untuk disoal siasat lagi mengenai hal itu. Kalau setakat hal itu sahaja tidak mengapa tapi sampai kepada kerja-kerja yang aku telah buat selama aku bekerja di sana. Kerja aku menolong pensyarah melakukan fotostat dan kerja-kerja lain juga disoal kepadaku. Aku cuma lakukan kerja-kerja yang disuruh oleh pensyarah-pensyarah lain itu bila aku ada masa sahaja. pada mulanya aku tidak mengerti mengapa aku tidak perlu menolong orang lain selain bos-bos aku, tapi satu hari aku terfikir ada relevan juga teguran itu.

Bila aku fikir kembali, ramai juga yang telah mengambil kesempatan di atas kebaikan yang telah aku hulurkan. Sampai kerja menampal notis dan minta tandatangan untuk beberapa surat pun aku lakukan padahal itu bukan kerja aku. Ramai yang menyuruh aku untuk melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya aku lakukan sampai aku adakalanya tidak sempat untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah diarahkan oleh bos-bos aku. Ada juga staf yang menyuruh aku melakukan kerja mereka sedangkan waktu itu aku tengah banyak kerja yang masih belum disiapkan.

Bila aku fikir kembali, cuma bos-bos aku sahaja yang akan memantau serta memberi penilaian terhadap prestasi kerja aku. Mengapa aku perlu tolong orang lain yang tiada kepentingan dalam penilaian prestasi kerja aku??

Selepas peristiwa itu aku hanya akan melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh bos-bos aku sahaja. Kalau ada yang meminta aku untuk menolong melakukan kerja-kerja mereka, aku akan sedaya upaya menolak permintaan tersebut tapi kalau waktu itu aku tengah lapang mungkin aku akan menolong mereka itupun kalau aku rela...

Hahahahahaha!!!





0 comments: