Apa beza sahabat dan kawan??
Bagi aku aku, kawan adalah orang yang mengenali kita dan kita juga mengenali orang tersebut tapi tidak sepenuhnya kita ketahui tentang diri mereka. Sahabat pula adalah orang yang mengenali kita, tahu lebih dalam tentang kita, selalu ambil berat dan menolong kita tidak kira walau dalam apa jua situasi dan yang akan sentiasa menasihati kita.
Selalunya, kita akan ada ramai kawan tapi kekurangan sahabat. Begitu juga dengan aku. Saban tahun kawan aku akan bertambah tapi sahabat belum tentu lagi aku akan temui. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana aku masih mempunyai sahabat yang masih ambil berat tentang aku dan yang sentiasa menasihati aku bila aku melakukan perkara yang tidak betul. Siapa dia?? Itu biarlah aku saja yang tahu.
Aku adakalanya bengang atau marah bila seorang sahabat menasihati ketika aku melakukan perkara yang salah. Tapi bila aku fikir kembali ada kebaikan juga bila sahabat aku berbuat begitu. Kita bukanlah orang yang sempurna dan sahabat yang akan menasihati bila kita melakukan kesalahan. Sahabat yang akan nampak kesalahan kita dan yang akan menunjukkan jalan yang sepatutnya kita ambil.
Tapi kawan adakalanya hanya akan membiarkan sahaja apa yang kita akan lakukan. Kalau kita hisap rokok sekali pun kawan hanya akan membiarkan kita sedut asap yang tak guna tu. Silap-silap mereka juga ikut hisap rokok sekali. Aku terjebak dengan rokok pun disebabkan oleh kawan. Sahabat-sahabat aku setakat ini belum ada lagi yang hisap rokok. Tapi aku tidak salahkan mereka sebab itu memang salah aku. Salah sebab ikut cakap kawan dan salah sebab gagal memilih kawan yang betul. Hahahaha!!! Padan muka aku.Bagi aku aku, kawan adalah orang yang mengenali kita dan kita juga mengenali orang tersebut tapi tidak sepenuhnya kita ketahui tentang diri mereka. Sahabat pula adalah orang yang mengenali kita, tahu lebih dalam tentang kita, selalu ambil berat dan menolong kita tidak kira walau dalam apa jua situasi dan yang akan sentiasa menasihati kita.
Selalunya, kita akan ada ramai kawan tapi kekurangan sahabat. Begitu juga dengan aku. Saban tahun kawan aku akan bertambah tapi sahabat belum tentu lagi aku akan temui. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana aku masih mempunyai sahabat yang masih ambil berat tentang aku dan yang sentiasa menasihati aku bila aku melakukan perkara yang tidak betul. Siapa dia?? Itu biarlah aku saja yang tahu.
Aku adakalanya bengang atau marah bila seorang sahabat menasihati ketika aku melakukan perkara yang salah. Tapi bila aku fikir kembali ada kebaikan juga bila sahabat aku berbuat begitu. Kita bukanlah orang yang sempurna dan sahabat yang akan menasihati bila kita melakukan kesalahan. Sahabat yang akan nampak kesalahan kita dan yang akan menunjukkan jalan yang sepatutnya kita ambil.
Aku suka berkawan sebab dari kawan baru kita akan temui sahabat. Tapi dalam hidup ini kita perlu pandai memilih kawan sebab kita selalunya terpengaruh dengan kawan. Kalau kita tidak berkawan pun tidak boleh juga sebab kita akan keseorangan nanti. Aku rasa tiada sesiapa yang boleh hidup tanpa kawan dalam dunia ini. Kalau ada yang kata mereka boleh hidup tanpa kawan itu tipu la sebab kawan boleh jadi sesiapa saja. Tarzan yang hidup dalam hutan pun ada kawan juga walaupun kawan-kawan dia itu binatang. Betul tak?? Hehehehe!!
Baru-baru ini, sahabat aku baru kehilangan seseorang dalam hidup dia. Aku bersimpati terhadap dia dan keluarga. Aku ucapkan takziah di atas mereka sekeluarga. Aku harap sahabat aku tabah dalam menghadapi dugaan yang Tuhan berikan terhadap dia.
Bagi sesiapa yang baca blog aku ini, kongsi la pendapat tentang sahabat atau kawan. Insyaallah ia akan berguna nanti.